MASUKKAN NAMA & EMAIL JIKA ANDA DIPANGGIL MENDUDUKI PEPERIKSAAN PTD M41

Name
Email
Email Marketing by TrafficWave.net

Monday, 5 May 2014

Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S27

Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S27

Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Kementerian Belia dan Sukan
 
Jadual Gaji:



Kelayakan:

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]

Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]

lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

[Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan-kegiatan belia dan sukan].
 
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Belia dan Sukan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i.mempunyai kelayakan di atas; atau
ii.lulus Peperiksaan Khas; dan
iii.berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
 
Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan program/projek belia dan sukan termasuk kerja-kerja menyelaras kegiatan-kegiatan berkenaan, memberi nasihat, bimbingan, kursus-kursus, membuat kajian keperluan sukan dan jenis-jenis sukan, merancang dan juga melaksanakan program pelajaran tata negara di peringkat daerah, negeri dan persekutuan

contoh soalan peperiksaan penolong pegawai belia dan sukan s27
contoh soalan spa penolong pegawai belia dan sukan s27
contoh soalan peperiksaan spa penolong pegawai belia dan sukan s27

No comments:

Post a Comment